Jumpa lagi.. hari ni nak kongsi resipi apam pulak. Apam bintik-bintik macam corak baju sekarang ni. Nama apam ni agak comel, iaitu apam polkadot, bukan apam kedut tau. Orang selalu salah sebut nama apam ni. sebut pokedot la, pedot la, pekedut la dan macam-macam lagi la.. Kesian apam ni,nasib dia lebih kurang saya la jugak, nama lain, tapi panggil lain. Asyik salah ja sebut nama apam ni. Sedih betul..hukhukhuk :'(
![]() |
Belum di kukus... |
Actually dapat resipi ni dari kak Farra Diba pemilik blog opiskecikku. Buat apam ni agak cerewet la sikit bagi yang tak biasa sebab nak buat dot-dot tu makan masa la jugak. Tapi hasil dia berbaloi sebab sedap dan cantik.
Okey jom tengok resipi.. tapi sebelum tu,tengok kasilnya dulu k..
Sumber : opiskecikku
Bahan :
3 biji telur (sejuk dari peti ais)
275 g tepung gandum
220 g gula halus
150 ml susu segar (kalau masih pekat boleh tambah susu)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Filling strawberi/blueberi or whatever you like
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit atau sampai kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.
3. Kemudian masukkan setiap adunan yang siap diwarna ke dalam piping beg yang berasingan.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah di letakkan dalam mangkuk kecil seperti dalam gambar tapi jangan sampai penuh separuh je.
5. Kemudian letak filling.
6. Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7. Then kukus dengan api sederhana selama 15 minit, api yang terlalu kuat akan menyebabkan apam tersenyum mekar (merekah) so nanti tak cantik.

Setelah masak, ready untuk makan je.. |
Orait... Selamat Mencuba ye.. Jangan Tengok Saje k!!!