Pages

Ads 468x60px

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Saturday 17 March 2012

Dangai

Dah tak tau nak masak apa untuk sarapan or minum petang???
or
Suka makan dangai, tp xtau cara nak buat???

Jadi hari ni, saya nak kongsikan cara untuk menyediakan dangai... caranya mudah dan cepat asalkan ada bahan.. kosnya pun rendah.. murah ja.. resipi ni saya dapat dari mak saudara saya.. Saya tengok dia buat, kejap je dah boleh makan.. jd saya pon blajar lah dgn dia.. ternyata mudah, cepat dan sedap...

Actually, kesedapan kuih ni bergantung pd kelapanya.. kalau kelapanya lembut dan muda, maka sedaplah kuih ni..tp kalau kelapanya keras, kureng sikit la kesedapannya... selalunya guna kelapa yang kulitnya hijau keperangan.. tempat saya ckp "nyok inti" maksudnya kelapa yg sesuai dibuat inti.. inti ketayap ke, inti badak berendam ke.. xterlalu muda dan xterlalu tua..

Pastikan kelapa ni tak basah, contohnya basuh then terus parut... kalau basuh biarkan seketika, bila kering baru parut, kerana nak elakkan dari tepung berketul.. bancuhannya perlu lah seroi kalau org kedah ckp.. org negeri lain xtau la ckp apa..

Dangai

  • 2 1/2 cawan kelapa yg diparut
  • 1/2 cawan gula (kalau nk lg manis boleh tambah gula)
  • 1 cawan tepung pulut
  • garam secukup rasa

Cara-caranya :-

  1. Gaul semua bahan bagi rata.
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan.. tapi jangan tekan adunan sampai rapat.. tabur je adunan dalam acuan bg penuh.
  3. Akhir sekali tutup acuan dan bakar atas yg perlahan lebih kurang 4-5 minit..
  4. Siap dan boleh dimakan.
inilah acuan sebenar kuih dangai...

bentuk dangai yang sebenar... (gambar dari  Mr. Google)


masa buat ni belum ada acuan dangai, so guna la acuan kuih cara...
so... jangan confuse2 k...

Selamat Mencuba !!!

Friday 16 March 2012

Puteri Ayu



Comel je kuih ni...color pon sweet je..sebab tu orang panggil PUTERI AYU kot, tengok sekali dah tergoda.. jarang-jarang jumpa kat tempat saya ni, baik di Nilai or di Kedah.. 

Ada satu hari  2, jalan-jalan la... melawat la dapur-dapur kawan fb, then terjumpa la resepi puteri ayu... bukan main lg excited nak buat, ajak mak gi cari bahan-bahan and beli acuan (nasib baik mak layan je), then terhasil lah puteri ayu...

Walaupun sebelum ni, terpikir-pikir macam mana lah orang hasilkan kuih secantik ni.. tetapi bila dah buat tak de lah sesusah yang saya sangka...rasenye pon boleh tahan not bad.. macam yang beli, maybe sedap lagi kot...ngeh ngeh puji diri sendiri plak..(^_^).. jom tengok resipinye..

zoom in +++++ hehehe

Sumber resipi : Jom Masak

Puteri Ayu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
  • 1 1/2 cawan santan/susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh ovallate
  • 1 cawan gula kastor
  • sedikit pewarna merah
  • 1 biji kelapa putih digaul sedikit garam + 1 sudu teh tepung jagung
  • minyak unutk disapu pada acuan
Cara cara
1.     sediakan pengukus....biar air hingga mendidih.
2.     mixkan ovalette, gula, telur....telur dimasukkan satu per satu...mixkan smpai betul-betul gebu...lebih kurang 7-8minit...
3.     masukkan susu cair/santan diselang seli dengan tepung...kacau hingga rata.
4.     tekan kelapa dalam acuan....masukkan adunan penuh ke dalam acuan..
5.   kukus selama 15 minit....

membangkitkan selera...

puteri ayu... seindah rupa...


Kepada adik-adik dan kakak-kakak kat luar sana, jangan takut untuk mencuba, kerana kuih ini sangat senang untuk dibuat, asal buat mesti mnejadi... so tak perlu risau lah, kalau sebelum ini tak pernah masak ke pernah ke...itu semua xmenjadi masalah... yang penting adalah dapat bezakan yang mana garam or gula..hehehe

SELAMAT MENCUBA TANPA WAS-WAS ;-)

Kek Lobak Merah/carrot

Dah lama rasanya tak buat kek... Jadi sempena bufday ayah 5 Februari yang lepas, tengah cuti sem pulak, so try la buat kek carrot ni.. Erm... rasanya sedap. Sedap sebab ada walnut... Kepada peminat kacang sesuai la makan kek ni.

Nak buat kek besday mestilah kena deco bagi cantik. Ingat senang la nak mendeco, rupa-rupanya agak susah la... Susah sebab ni first time deco kek, pas tu, time nak ratakan krim tu adoiiii mencabar la jugak. Ditambah pulak, peralatan yang tak cukup...memang mencabar jugak la..tapi minat punya pasal saya bersabar. Akhirnya, berkat kesabaran bertungkus lumus mendeco kek, siap jugak deco walaupun tak cantik.

Yang penting saya puas hati sebab dapat buat kek siap dengan deco lagi. walaupun hasilnya tak seberapa, tapi saya masih bersemangat untuk membuat kek dan mendeco kek. Kat bawah ni saya sediakan resepi..


baru masak... belum dihias


yang hitam tu, walnut...ermmmm sedapnya kacang ;)

Sumber : Damai Qalbu

Carrot Cake
  • 1 cawan/100g walnut (dibakar dan dicincang kasar)
  • 2 ½ cawan/340g lobak merah mentah (diparut halus & diperah airnya)
  • 2 cawan/280g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 ½ sudu teh baking powder
  • 1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • ½ sudu teh garam
  • 4 biji telur saiz A
  • 1 ½ cawan /300g gula halus
  • 1 cawan/240 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 biji parutan kulit limau sunkist
  • ½ cawan nenas (option-untuk melembabkan kek) ... saya xletak pun

Cara membuat :-
  • Bakar kacang lebih kurang 8 minit kemudian sejukkan dan cincang kasar. Ketepikan.
  • Kikis kulit carrot kemudian parutkan. Saya guna mesin parut kelapa je...cepat sikit tapi berhati-hati memerlukan kepakaran dan keberanian. :-)
  • Kemudian satukan tepung, kulit kayu manis, garam, baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati dan ketepikan.
  • Pukul telur sampai kembang dengan menggunakan mixer. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga kembang dan menjadi putih.
  • Kemudian masukkan minyak dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit.. kacau lagi sampai sebati.. tapi xperlu la lama sgt..
  • Akhir sekali masukkan walnut dan carrot... kacau lagi sampai rata.
  • Griskan loyang dgn mentega dan tuangkan ke dlm loyang.
  • Bakar dgn suhu 180  selama 45 minit – 1 jam.


selamat menjamu selera!!!

 Selamat mencuba ye!!!