Pages

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Sunday, 6 May 2012

Bertih Jagung a.k.a Pop Corn

Assalamualaikum....

Biji jagung (ihsan mr. google)
Tatkala rakan-rakan housemate tengah melayan movie, saya pulak melayan blog. Tak de mood nak nonton movie malam ni, nak tengok movie kena tunggu weekend baru best, enjoy habis-habisan. Tonite, saya nak kongsi resepi snack pulak. Jagung 'pop' 'pop'... Kenape dinamekan pop corn??? Sebab dia meletup dan menghasilkan bunyi 'pop' la. Kalau tak percaya cube buat nanti.

First time buat, fuhhhh punya la teruja. Best dengar bunyi jagung tu meletup-letup, then jagung tu melompat-lompat keluar dari kuali. Nasib baik tak penuh satu dapur, kalau tak jadi fly corn la. Lantai je makan, tukang bikin tak sempat makan.

Simple sangat cara nak buat pop corn ni. Tapi perlu berhati-hati la takut kena muka. Make sure, kalau nak buat ni, kene tutup dan bila habis bunyi baru boleh buka penutup kuali. Kalau tidak jagung tu buat surprise la kat you all hehehe. Ok jom layan resipinya......

Sumber : Jom Masak

Bahan-bahan :-

2 sudu mentega/butter
Biji jagung secukupnya (agak-agak sepadan dengan mentega yang telah cair)

Cara membuatnya :-
1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan jagung.
2. Guna api yang perlahan supaya jagung tak hangus, kemudian tutupkan kuali tersebut, tidak lama kemudian akan kedengaran bunyi pop, setelah bunyi pop berhenti baru buka pentup/tudung kuali tadi.
3. Lihat hasilnya, jagung tu dah kembang. Kalau ada sedikit yang tak kembang tu biasa la.

Bahan-bahan untuk sira

2 sudu mentega
4 sudu besar gula
Sedikit pewarna atau perasa

Cara membuatnya :-
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula, kacau hingga gula hancur.
2. Dengan menggunakan api yang perlahan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati.
3. Akhirnya masukkan bertih jagung tadi, kacaulah sehingga rata.
4. Sedia dihidang.


Pop corn yang dah disira






Cubalah.... peneman menonton tv.. (^o^)




0 comments:

Post a Comment