Pages

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Friday, 4 May 2012

Roti Jala

Assalamualaikum....

Apa khabar semua??? Entri kali ni, beza sikit dari sebelum ni. Tapi masih berkisar tentang perkongsian resepi. Guess what??? Actually kali ni nak share resipi yang bukan kategori manisan lagi. Sebelum-sebelum ni asyik tentang manisan je.. so kali ni tentang memasin plak... hahaha istilah baru.

Roti jala ni merupakan resipi kedua untuk kategori memasin. Roti ni  sesuai di makan waktu petang. Wah nyamannya makan bersama famili, di bawab pokok yang berhadapan sawah padi kemudian angin sepoi-sepoi bahasa bertiup ke arah muka sambil menghirup teh o panas... Fuuuuhhhh memang best la, terkenang kampung halamanku. Mengalami homesick sebenarnya.

Roti jala senang bangat untuk dibikin. Budak sekolah rendah  pon boleh dibuat. Boleh dicicah dengan kari ayam, daging ataupun bubur durian, ala yang selalu kita buat time musim durian tu la... kan durian banyak, lebih-lebihan durian tu buat bubur la... betul kan?. Selain tu, ada jugak yang buat roti jala beriniti. Best jugak cara macam ni pon. 

Baiklah.. jom tengok resipinya. Resipi ni ikut sukatan sendiri je, biase la campak-mencampak..hehehe


Roti jala a.k.a roti kirai

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mentega
3 1/2 cawan air (letak sikit-sikit, kalau dah rasa cukup xperlu habiskan semua air tu)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning


Cara-cara menyediakannya :-
1. Blend semua bahan-bahan diatas sampai sebati.
2. Panaskan kuali, dan letak sedikit minyak kalau guna kuali biasa, kalau guna non-sticky pan tak payah  
    letak minyak dah.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan buat la corak jala.
4. Biarkan seketika, dah agak masak angkat dan gulung atau lipat.
5. Dah boleh dimakan..hehehe


Kari ayam dengan carrot menambahkan rasa kemanisan kari




Seketul ayam bertenggek di atas roti jala


Bye2.. Don't Forget To Try k...

0 comments:

Post a Comment