Pages

Ads 468x60px

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Saturday 28 April 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum W.B.T...

Jumpa lagi.. hari ni nak kongsi resipi apam pulak. Apam bintik-bintik macam corak baju sekarang ni. Nama apam ni agak comel, iaitu apam polkadot, bukan apam kedut tau. Orang selalu salah sebut nama apam ni. sebut pokedot la, pedot la, pekedut la dan macam-macam lagi la.. Kesian apam ni,nasib dia lebih kurang saya la jugak, nama lain, tapi panggil lain. Asyik salah ja sebut nama apam ni. Sedih betul..hukhukhuk :'(

Belum di kukus...
Ok2... tutup bab tu, buka bab baru... apam ni dah lama menjadi gilaan ramai sebenarnya. Saye je baru nak post pasal apam ni. Buat apam ni pon sebenarnya dah lama... dah basi pon, tapi xpe resepi ni walaupun dah lama tapi belum basi. Apam ni gebu dan sedap sebab ada filling. Tapi yang saya buat ni guna filling kaya je. Pastu letak perisa pisang sikit. Sedap!!! gabungan yang mantap..hehehe. sori la ye terpuji diri sendiri.

Actually dapat resipi ni dari kak Farra Diba pemilik blog opiskecikku. Buat apam ni agak cerewet la sikit bagi yang tak biasa sebab nak buat dot-dot tu makan masa la jugak. Tapi hasil dia berbaloi sebab sedap dan cantik.

Okey jom tengok resipi.. tapi sebelum tu,tengok kasilnya dulu k..

budak baru belajar...ada kecik ada besar... xpe2 practice make perfect



Sumber : opiskecikku

Bahan :

3 biji telur (sejuk dari peti ais)
275 g tepung gandum
220 g gula halus
150 ml susu segar (kalau masih pekat boleh tambah susu)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Filling strawberi/blueberi or whatever you like

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit atau sampai kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.
3. Kemudian masukkan setiap adunan yang siap diwarna ke dalam piping beg yang berasingan.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah di letakkan dalam mangkuk kecil seperti dalam gambar tapi jangan sampai penuh separuh je.
5. Kemudian letak filling.
6. Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7. Then kukus dengan api sederhana selama 15 minit, api yang terlalu kuat akan menyebabkan apam tersenyum mekar (merekah) so nanti tak cantik.



Setelah masak, ready untuk makan je..


Orait... Selamat Mencuba ye.. Jangan Tengok Saje k!!!




Thursday 26 April 2012

Moh Kite Belajar Mendeco Kek

Post lagi malam ni... tapi kali ni bukan nak share resipi tapi nak share care menghasilkan kek yang pelbagai bentuk dan semestinya cantik. Cantik sampai sayang nak makan, kadang-kadang 2, xlalu nak makan sebab banyak color. Tapi tu semua depend on selera tekak masing-masing la kan. Saya cakap macam tu sebab, saya ni jenis yang tak berminat dan xde selera kalau tengok warna and bentuk pelik-pelik.

Dapat menghasilkan kek yang cantik, pastinya menjadi idaman ramai especially orang yang hobinya buat kek kan? Saya pon selalu berangan dapat buat kek yang cantik-cantik. Seronok tengok video orang hias kek. Bagus jugak la ada You Tube, sebab tak payah keluarkan duit banyak-banyak untuk belajar deco kek, just belajar kat You Tube je. Asal berani mencuba, mesti boleh buat, even hiasan kek kali pertama tu agak menyakitkan mata, tapi kepuasan tu yang penting. Mana ada orang buat sesuatu terus pandai. Normal la kalau 10 -20 kali percubaan baru jadi cantik.

So nasihat saya kepada beginner dalam bidang masakan ni, jangan cepat berputus asa kalau buat sesuatu tak menjadi. Teruskan mencuba tanpa henti. Tak ada kejayaan datang bergolek, yang penting kita perlu bergolek untuk mendapat kejayaan.

Hahaha...malam ni saya terbebel lagi. Ok dah mengalahkan mak nenek pulak membebel. Mintak maaf ye semua. Jom layan video-video kat bawah ni... ZaaaAsssS!!! (pinjam tagline wahid dalam melodi)



Kek Dinosaur




Kek Pony




Kek Barbie Doll




Kek Gitar

Harap video-video ni dapat la membantu dan mencetuskan idea or ilham untuk menghasilkan kek yang cantik macam kat atas. Ingat! berani mencuba adalah semangat yang penting dalam dunia masakan ni..cakap macam arif sgt la dalam bidang masakan, itu pendapat peribadi je dont't make any speculation and bad assumption on me k..saya ni budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan k.. bye2..

Selamat mencuba dan semoga menjadi!!!

Saturday 21 April 2012

Karipap Pusing

Assalamualaikum....

Malam ni ambik kesempatan untuk update blog lagi. Mood untuk siapkan assingment yang bertimbum lagi berlonggok entah ke mana menghilang. Think positive... sebab update blog jugak salah satu daripada assignment. Ada masa kurang sebulan lagi untuk mencukupkan 10 post.. Alhamdulillah ini adalah post yang ke-5.. 5 more post to reach the goal...hahaha...

Hari ni plak, saya nak kongsi resepi karipap pusing yang berputar belit. Resipi ni plak di ambil dari facebook Jom Masak. Setelah hampir dua bulan menunggu cuti sem, akhirnya hajat saya untuk mencuba resipi ini, terlaksana... Alhamdulillah walaupun xpernah buat karipap pusing, dan ini merupakan first time, karipap ini menjadi. Seronok dapat menjamu mak ayah and famili makan hasil tangan sendiri. Tak percaya dapat buat karipap ni...

Okehhh...jom tengok resipinya.. tapi resipi ni untuk kulit die je la.. inti dia xde sukatan.. campak je sesedap rase.. bleh juga tengok resipi inti kat My Resipi.

karipap pusing yang tak digoreng...pandangan sisi

Sumber : Jom Masak

Bahan-bahan :-

Bahan A
1/2 cawan tepung gandum
Marjerin secukupnya
- satukan tepung dan marjerin.. sukatan marjerin, letak sikit-sikit dan uli sehingga menjadi doh serta boleh     dikepal.

Bahan B
11/2 cawan tepung gandum
1 senduk minyak panas
1/2 cawan air + 1 sudu garam (larutkan garam ke dalam air)
- Gaulkan tepung dan minyak sehingga sebati.
- Kemudian masukkan larutan air garam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan boleh dikepal.

Cara menghasilkan pusaran
1. Bulatkan doh A dan B sama banyak, tetapi pastikan dih B dua kali ganda lebih besar dari doh A.
2. Leperkan doh B, kemudian ambil doh A letakkan ke atas doh B yang di leperkan tadi. Kemudian kepalkan semula kedua-dua doh tadi, (seperti doh B membalut doh A).
3. Kemudian gelekkan atau canaikan doh tersebut.
4. Kemudian gulung dan gelekkan lagi untuk dapatkan pusingan yang banyak.
5. Setelah gelek, gulung lagi kemudian potong gulungan tersebut. Make sure tek terlalu nipis dan terlalu tebal.
6. Ambik gulungan yang telah dipotong 2, dan gelek lagi sehingga nipis, tetapi jangan terlau nipis nnt inti terkeluar.
7. Setelah gelek masukkan inti dan kelim di tepinya.
8. Ok..dah boleh digoreng.

P/s : Sila rujuk Jom Masak unutk mendapatkan gambaran cara membuat pusingan dengan lebih jelas.

Karipap yang belum digoreng... yang dah goreng xsempat nak snap..
Ok.. Selamat Mencuba ye...

Friday 20 April 2012

Kek Coklat Lembab Bessttt!!!

Assalamualaikum  semua!!!!

Hari ni jom kita belajar buat kek coklat. Kek yang menjadi kegemaran sebahagian besar penduduk bumi... betul ke tak, harap2 betul la ea... Kalau cakap pasal kek coklat mesti pikir kek coklat yang moist punya.. xbest rasanya kalau makan kek coklat yang kering, xlembab... tak de feeling or nikmat...

Resipi ni dapat dari hasil lawatan ke blog-blog masakan.. resipi dari kak munira baharom.. resipi akak ni memang popular... Banyak blogger share resipi akak ni. bagus akak munira sebab tak kedekut ilmu. Saya bangga dengan kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang, adik-adik dan pakcik-pakcik yang tak pernah kedekut ilmu, terutamanya dalam bidang masakan.

Syukur Alhamdullillah makin ramai yang pemurah untuk berkongsi ilmu. Moga kalian semua dimurahkan rezeki dan selalu di bawah rahmat Allah... (opppssss feeling la plak).^_^.

K terpangjang pulak celotehnya... Jom kita tengok resipi yang simple dan amat sedap ni... kalau makan kek ni.. peeerrrgggghhhh mesti nak lagi...hehehe

Kek coklat versi kecik....


Sumber Asal : Munira Baharom
Sumber Sekunder : Coretan Dari Dapur

Bahan-bahan

1 cawan gula pasir 
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak 

1 sudu kecil serbuk nescafe (option)


Gaul semua bahan di atas hingga sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Kemudian rehatkan sekejap.

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Ayak semua bahan diatas.

Bahan C:

4 biji telur - diblender 


Cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul degan senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yangg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Balutkan loyang yang telah dimasukkan adunan dengan aluminium foil atau letakkan towel untuk elakkan air menitik atas kek semasa mengangkat tudung pungukus. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

Ok siap... dah boleh makan!!!

super moiiisst..

A slice of chocolate cake...yummy!!!


Selamat mencuba!!!