Pages

Ads 468x60px

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Saturday 12 May 2012

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia...Peace NO War!!! *(^_^)*

Entri kali ni nak berkongsi tentang pengalaman mencuba masakan Timur Tengah. Sekarang ni makanan Timur Tengah berkembang di Malaysia, bukan saja western food. Apakah makanan Timur Tengah tu??? tak lain dan tak bukan, pastinya nasi arab. Ini adalah kali kedua mencuba nasi arab.

Menara Jam, Dataran Nilai, BBN.
First time cuba, tahun lepas kalau tak salah. Punya la excited nak cuba makan, dari rumah aim nak makan nasi arab lauk kambing. Member yang pernah makan cakap nasi arab lauk kambing ni, fuhhh marvelous. So sampai sana apa lagi terus order la nasi arab kambing. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari... hahaha.  Nasi yang di idamkan pon sampai, tapi bila makan, perjalanan memasuki perut kurang lancar, disebabkan oleh terasa dan bau kambing yang agak hanyir... sedih.. tapi memikirkan harga yang agak mahal tapi standard la harga untuk nasi arab, saya gagahi jugak untuk menghabiskannya. Walaupun lambat, tapi habis jugak nasi tu... Syukur kerana saya berjaya menghabiskannya...huhu

Second time, makan nasi arab adalah semalam. Makan kat Dataran Nilai. Masih tak serik, berani lagi mencuba nasi arab kambing tapi bukan di restoran yang sama. Saya rasa rugi kalau makan nasi arab lauk ayam sebab, ayam selalu makan tapi kambing jarang-jarang jumpa, so saya pilih lauk kambing walaupun pernah ada pengalaman pahit. Alhamdullillah nasi arab kali ini, boleh tahan kesedapannya, boleh dikatakan kena dengan selera tekak saya, setakat bau sikit-sikit tu standard la, dah nama pun kambing kan.. Harga pun berpatutan, nasi pun banyak boleh share. So sape-sape yang suka makan, boleh la cuba makan kat sini. 



Senarai menu... macam-macam ada..(jadi promoter tanpa gaji)

Shai Arab (perisa lemon)

Nasi arab lauk kambing ada sup, sos salsa dan laban (ala-ala yogurt)

Nasi arab ayam 

K.A.M.I berenam...
~Jom.. tukar selera~

0 comments:

Post a Comment