Pages

Ads 468x60px

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Saturday 21 April 2012

Karipap Pusing

Assalamualaikum....

Malam ni ambik kesempatan untuk update blog lagi. Mood untuk siapkan assingment yang bertimbum lagi berlonggok entah ke mana menghilang. Think positive... sebab update blog jugak salah satu daripada assignment. Ada masa kurang sebulan lagi untuk mencukupkan 10 post.. Alhamdulillah ini adalah post yang ke-5.. 5 more post to reach the goal...hahaha...

Hari ni plak, saya nak kongsi resepi karipap pusing yang berputar belit. Resipi ni plak di ambil dari facebook Jom Masak. Setelah hampir dua bulan menunggu cuti sem, akhirnya hajat saya untuk mencuba resipi ini, terlaksana... Alhamdulillah walaupun xpernah buat karipap pusing, dan ini merupakan first time, karipap ini menjadi. Seronok dapat menjamu mak ayah and famili makan hasil tangan sendiri. Tak percaya dapat buat karipap ni...

Okehhh...jom tengok resipinya.. tapi resipi ni untuk kulit die je la.. inti dia xde sukatan.. campak je sesedap rase.. bleh juga tengok resipi inti kat My Resipi.

karipap pusing yang tak digoreng...pandangan sisi

Sumber : Jom Masak

Bahan-bahan :-

Bahan A
1/2 cawan tepung gandum
Marjerin secukupnya
- satukan tepung dan marjerin.. sukatan marjerin, letak sikit-sikit dan uli sehingga menjadi doh serta boleh     dikepal.

Bahan B
11/2 cawan tepung gandum
1 senduk minyak panas
1/2 cawan air + 1 sudu garam (larutkan garam ke dalam air)
- Gaulkan tepung dan minyak sehingga sebati.
- Kemudian masukkan larutan air garam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan boleh dikepal.

Cara menghasilkan pusaran
1. Bulatkan doh A dan B sama banyak, tetapi pastikan dih B dua kali ganda lebih besar dari doh A.
2. Leperkan doh B, kemudian ambil doh A letakkan ke atas doh B yang di leperkan tadi. Kemudian kepalkan semula kedua-dua doh tadi, (seperti doh B membalut doh A).
3. Kemudian gelekkan atau canaikan doh tersebut.
4. Kemudian gulung dan gelekkan lagi untuk dapatkan pusingan yang banyak.
5. Setelah gelek, gulung lagi kemudian potong gulungan tersebut. Make sure tek terlalu nipis dan terlalu tebal.
6. Ambik gulungan yang telah dipotong 2, dan gelek lagi sehingga nipis, tetapi jangan terlau nipis nnt inti terkeluar.
7. Setelah gelek masukkan inti dan kelim di tepinya.
8. Ok..dah boleh digoreng.

P/s : Sila rujuk Jom Masak unutk mendapatkan gambaran cara membuat pusingan dengan lebih jelas.

Karipap yang belum digoreng... yang dah goreng xsempat nak snap..
Ok.. Selamat Mencuba ye...

0 comments:

Post a Comment