Pages

Ads 468x60px

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Saturday 17 March 2012

Dangai

Dah tak tau nak masak apa untuk sarapan or minum petang???
or
Suka makan dangai, tp xtau cara nak buat???

Jadi hari ni, saya nak kongsikan cara untuk menyediakan dangai... caranya mudah dan cepat asalkan ada bahan.. kosnya pun rendah.. murah ja.. resipi ni saya dapat dari mak saudara saya.. Saya tengok dia buat, kejap je dah boleh makan.. jd saya pon blajar lah dgn dia.. ternyata mudah, cepat dan sedap...

Actually, kesedapan kuih ni bergantung pd kelapanya.. kalau kelapanya lembut dan muda, maka sedaplah kuih ni..tp kalau kelapanya keras, kureng sikit la kesedapannya... selalunya guna kelapa yang kulitnya hijau keperangan.. tempat saya ckp "nyok inti" maksudnya kelapa yg sesuai dibuat inti.. inti ketayap ke, inti badak berendam ke.. xterlalu muda dan xterlalu tua..

Pastikan kelapa ni tak basah, contohnya basuh then terus parut... kalau basuh biarkan seketika, bila kering baru parut, kerana nak elakkan dari tepung berketul.. bancuhannya perlu lah seroi kalau org kedah ckp.. org negeri lain xtau la ckp apa..

Dangai

  • 2 1/2 cawan kelapa yg diparut
  • 1/2 cawan gula (kalau nk lg manis boleh tambah gula)
  • 1 cawan tepung pulut
  • garam secukup rasa

Cara-caranya :-

  1. Gaul semua bahan bagi rata.
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan.. tapi jangan tekan adunan sampai rapat.. tabur je adunan dalam acuan bg penuh.
  3. Akhir sekali tutup acuan dan bakar atas yg perlahan lebih kurang 4-5 minit..
  4. Siap dan boleh dimakan.
inilah acuan sebenar kuih dangai...

bentuk dangai yang sebenar... (gambar dari  Mr. Google)


masa buat ni belum ada acuan dangai, so guna la acuan kuih cara...
so... jangan confuse2 k...

Selamat Mencuba !!!

0 comments:

Post a Comment