Pages

Ads 468x60px

Feel free to drop any comment and don't forget to join this blog!!!

Friday 16 March 2012

Kek Lobak Merah/carrot

Dah lama rasanya tak buat kek... Jadi sempena bufday ayah 5 Februari yang lepas, tengah cuti sem pulak, so try la buat kek carrot ni.. Erm... rasanya sedap. Sedap sebab ada walnut... Kepada peminat kacang sesuai la makan kek ni.

Nak buat kek besday mestilah kena deco bagi cantik. Ingat senang la nak mendeco, rupa-rupanya agak susah la... Susah sebab ni first time deco kek, pas tu, time nak ratakan krim tu adoiiii mencabar la jugak. Ditambah pulak, peralatan yang tak cukup...memang mencabar jugak la..tapi minat punya pasal saya bersabar. Akhirnya, berkat kesabaran bertungkus lumus mendeco kek, siap jugak deco walaupun tak cantik.

Yang penting saya puas hati sebab dapat buat kek siap dengan deco lagi. walaupun hasilnya tak seberapa, tapi saya masih bersemangat untuk membuat kek dan mendeco kek. Kat bawah ni saya sediakan resepi..


baru masak... belum dihias


yang hitam tu, walnut...ermmmm sedapnya kacang ;)

Sumber : Damai Qalbu

Carrot Cake
  • 1 cawan/100g walnut (dibakar dan dicincang kasar)
  • 2 ½ cawan/340g lobak merah mentah (diparut halus & diperah airnya)
  • 2 cawan/280g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 ½ sudu teh baking powder
  • 1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • ½ sudu teh garam
  • 4 biji telur saiz A
  • 1 ½ cawan /300g gula halus
  • 1 cawan/240 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 biji parutan kulit limau sunkist
  • ½ cawan nenas (option-untuk melembabkan kek) ... saya xletak pun

Cara membuat :-
  • Bakar kacang lebih kurang 8 minit kemudian sejukkan dan cincang kasar. Ketepikan.
  • Kikis kulit carrot kemudian parutkan. Saya guna mesin parut kelapa je...cepat sikit tapi berhati-hati memerlukan kepakaran dan keberanian. :-)
  • Kemudian satukan tepung, kulit kayu manis, garam, baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati dan ketepikan.
  • Pukul telur sampai kembang dengan menggunakan mixer. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga kembang dan menjadi putih.
  • Kemudian masukkan minyak dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit.. kacau lagi sampai sebati.. tapi xperlu la lama sgt..
  • Akhir sekali masukkan walnut dan carrot... kacau lagi sampai rata.
  • Griskan loyang dgn mentega dan tuangkan ke dlm loyang.
  • Bakar dgn suhu 180  selama 45 minit – 1 jam.


selamat menjamu selera!!!

 Selamat mencuba ye!!!




0 comments:

Post a Comment